KESAN PENCEMARAN
Menghurai Kesan Pencemaran Alam Sekitar di JPM dan Penerapan Unsur Nilai
Hujan Asid , Penyakit , Suhu Meningkat , Udara Tercemar , Bau Busuk , Bunyi Bising
1. Hujan Asid.
berlaku kesan udara kotor dari asap kenderaan yg lalu lalang di JPM
angin yg membawa udara kotor dari kilang kelapa sawit berhampiran
2. Penyakit
penyakit kulit dan gatal kerana air yg kotor
kulit gatal dan mudah mendapat selsema dari hujan asid
sakit perut dari makanan kotor di tepi jalan
demam denggi dari nyamuk aedes di kawasan belukar
3. Suhu Meningkat
suhu tinggi pada waktu malam kerana rumah berhimpit
banyak kawasan belukar dibuka utk perumahan
tidak ramai penduduk menanam pokok hijau kerana sibuk bekerja
4. Udara Tercemar
pokok menjadi berdebu dan kotor
rumah sering berdebu dan menyusahkan surirumah
makanan dan minuman yg dijual di tepi jalan mudah tercemar
pesakit asma mudah terkena
5. Bau Busuk.
longkang yg tersumbat kerana aliran kecil dan pembuangan sampah
air lelehan dari lori sampah tidak menyenangkan
kawasan longgokan sampah menjadi tempat anjing berkeliaran
6. Bunyi Bising
gangguan / ketenteraman kepada penduduk di rumah pinggir jalan
memberi tekanan kpd penduduk yg ingin berehat / penat bekerja
Terapkan nilai murni : bertimbang rasa, hormat org lain, bijaksana
p/s : Boleh buat dalam bentuk peta minda atau esei berperenggan
PUNCA PENCEMARAN
Menyatakan dan Menghurai punca pencemaran di JPM Termasuk Penerapan Nilai Murni.
>Kenderaan
>Pembakaran Terbuka
>Racun Serangga
>Sampah Sarap
>Sisa Domestik
>Pembinaan Jalanraya
>Perniagaan
>Petempatan
( pilih 5 sahaja )
1. Kenderaan : pengeluaran asap karbon monosida dan bau asap beracun
2. Pembakaran terbuka : penduduk membakar sampah,
3. Racun Serangga : penggunaan aerosol di rumah dan semburan fog mencegah aedes
4. Sampah Sarap : air busuk dari lori sampah, longgokan sampah tidak diambil mengikut jadual, terlalu banyak sampah di hadapan rumah yg dibongkar oleh haiwan liar, sikap kurang prihatin dari penjual makanan.
5. Sisa Domestik : Pembuangan sisa makanan, barangan sukar luput, tiada amalan tong kitar semula di hadapan rumah
6. Pembinaan : jalanraya yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa, pembinaan kawasan perumahan,
7. Perniagaan : pembuangan sampah, aliran kotoran berbentuk minyak ke longkang, sisa makanan di belakang kedai makan.
8. Petempatan : terlalu ramai penduduk di kaw perumahan, taman perumahan, pembuangan sampah banyak dan kereta diletakan di tepi jalan.
Terapkan nilai murni : kerjasama, gotong royong, ikhlas, sayangi tempat tinggal, bertanggungjawab, hati murni.
Laporkan dalam bentuk esei berperenggan.
JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Udara
Air
Bunyi
Bau
1. Udara : pencemaran dari kenderaan, habuk kenderaan, pembakaran terbuka
2. Air : paip bocor dan kotoran dalam paip ( klorin ), bekalan air tercemar oleh udara yg kotor.
3. Bunyi : enjin kenderaan, pembinaan perumahan, jentera berat,
KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506
1. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Contohnya :
Pembuangan sampah seperti plastik, kaca, bahan kimia dan seumpamanya ke dalam sungai boleh mengakibatkan sungai tercemar. Begitu juga pembuangan atau pelepasan asap dari kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara manakala pembuangan sampah domestik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan mengalakkan pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit.
2. Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
Contohnya :
Pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang kelapa sawit ke sungai akan mengakibatkan hidupan akuatik di tempat tersebut terjejas dan pupus.
http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.